"Tak pergi solat jumaat ngah?Biasa kau pergi awal,ini dah 130?" Kata seorang wanita lingkungan umur 30 tahun kepada si tua hampir separuh abad dan separuh dari umurnya dia hidup sebagai manusia yang kurang warasnya. Ngah menjawab dengan senyum kerang. Ngah dilahirkan normal,demam panas lalu terencat akalnya dek kerana orang dulu tidak punya kemudahan perubatan. Rutinnya berjalan kaki,membasuh bajunya di masjid dan pulang makan dan tidur di rumah adik perempuannya. Meski dengan kekurangannya,ngah jarang lupa solat jumaat. Meski tak jatuh hukum wajib keatasnya pun.Pukul 11 dah terpacak dekat masjid. Semua dalam rumah itu pelik,kenapa ngah tak pergi solat jumaat,disoalnya ulong banyak kali. "Bu,ayah lapar"adu si suami wanita tadi.Aku jeling jam dinding 135,si suami masih berseluar pendek,sihat walafiat,hanya perut minta diisi. Aku termanggu. Ngah yang tak waras disuruh disoal mengapa tak solat jumaat,suaminya waras cukup sifat tidak pulak ditanya. Aku ...