Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

tapi..itu aku.

menelaah satu   bingkisan "mana nak cari..macam aku?" entah siapa aku  tidak tahu yang terang pengikutnya lebih ramai dari aku dan mungkin cara penulisannya lebih baik dari aku dia mencari gadis sebaya dia puisi   bukunya puisi   juga   penanya buah dan ulam makanannya bersenam bila perlu seni jadi hiburan tatapan mata berbahasa baku muzik menjadi halwa telinga aku juga berdansa..seorang diri,rentak juga sendiri. selalu persoal dunia dan agama bukan memberontak tak kena masa kerana rasa ingin tahu yang tiada hadnya   yang dia   cari itu . . sejujurnya   aku aku buat semua itu tapi satu kriteria aku tidak penuhi dia   mahu yang setara dengan kekacakannnya dan aku tidak punya kecantikan itu sayang..manusia   memang menilai rupa,dan aku   hanya ga...

Kerana Aku Terbiasa.

waktu aku kecil aku seperti burung diikat kaki punya sayap   sendiri tapi tidak boleh terbang tinggi aku  tidak mengerti mengapa Abah Mak membina tembok jadi pagar kebebasan aku sembilan tahun umur aku waktu itu menyambut ulang tahun di rumah bersama dua tiga teman rapat aku masih ingat,hanya makan malam dan solat maghrib berjemaah diimamkan abah cukup untuk aku,tidak mahu lebih. masuk belasan tahun, aku masih burung diikat kaki tapi mahu punya sarang sendiri punya angan mahu terbang tinggi, tembok dibina makin diperkukuh mungkin bimbang anak seorang ini tersasar mula rasa tidak cukup pandai merungut mujur pagar kebebasan masih kukuh meski nampak goyah. sekarang . . aku mahasiswi punya   kebebasan   sendiri tidak lagi diikat kaki,bebas buat pilihan s...