waktu aku kecil
aku seperti burung diikat kaki
punya sayap sendiri
tapi tidak boleh terbang tinggi
aku tidak mengerti
mengapa Abah Mak membina tembok
jadi pagar kebebasan aku
sembilan tahun umur aku waktu itu
menyambut ulang tahun di rumah
bersama dua tiga teman rapat
aku masih ingat,hanya makan malam
dan solat maghrib berjemaah diimamkan abah
cukup untuk aku,tidak mahu lebih.
masuk belasan tahun,
aku masih burung diikat kaki
tapi mahu punya sarang sendiri punya angan mahu terbang tinggi,
tembok dibina makin diperkukuh
mungkin bimbang anak seorang ini tersasar
mula rasa tidak cukup pandai merungut
mujur pagar kebebasan masih kukuh meski nampak goyah.
sekarang..aku mahasiswi
punya kebebasan sendiri
tidak lagi diikat kaki,bebas buat pilihan sendiri
sejauh mana aku mahu terbang tinggi
tembok yang terbina itu tidak lagi diperkukuh
tapi sepertinya aku ini terbiasa
aku ikat kaki sendiri tambah batu pada tembok itu
risau takut melanggar sesuatu
takut sayap patah
takut tak dapat pulang ke sarang
terima kasih Abah Mak
aku jadi tahu,hidup ini punya had,kerana aku manusia biasa.

Comments
Post a Comment