Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

20 tahun

Aku masih belum genap 20 tahun. Ada lagi berbaki beberapa bulan. Itupun masih belum pasti, mana tahu nyawa ditarik Ilahi. Seingat aku, masa aku dalam umur belasan tahun,masih beruniform sekolah. Aku yang paling tak sabar mahu dewasa dan aku paling teruja bila bercakap soal dewasa. Hari ini,dengan masa yang masih berbaki untuk ke 20 tahun..... aaahh berkecamuknya hati aku, kalau bisa ditadah sudah berbaldi air mata aku. ............................................................. maaf bagi yang membaca, itupun kalau ada. kerana kebanyakan yang ada pada aku hanya mahu tutup mata dan telinga aku mahu jelaskan disini,aku juga manusia biasa mana mungkin hampir dua abad aku hidup hari-hari aku ketawa tanpa berduka. aku harus berhenti menaip sekarang,sebelum segalanya terhambur disini. Ya Rabb kuatkan aku.