Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Denai.

Denai ini bukan mudah tidak mudah,payah dan penuh bermasalah "kau tidak akan mampu jalani seorang diri" kata hati Ahhhhhhh,persetankan semua itu. ini denai yang telah aku pilih Denai yang bakal penuh dengan jerih perih peduli apa aku sama teman seperjuangan konon mahu meneman kan aku sudah punya Tuhan! ini denai yang aku pilih, Denai yang bakal penuh dengan jerih perih "luka kecil sahaja kau sudah teriak memanggil emak" " mampu kah kau?" "bukankah kau   takut pada  gelapnya malam?" "tidak kau  gentar teriknya siang?" ahhhhhhhhhhhhhh,payah2. kalau musuh paling ketat diri aku sendiri. tersadung aku,luka aku siapa mahu ubati, jatuh aku,sakit aku,siapa mahu temani, dan pada siapa mahu aku cerita kisah aku hari ini " kau lupa ? Bukan kau kata kau punya Tuhan?" "oh manusia,pantas sungguh kau lupa apa yang kau ungkapkan"