Denai ini bukan mudah
tidak mudah,payah dan penuh bermasalah
"kau tidak akan mampu jalani seorang diri"
kata hati
Ahhhhhhh,persetankan semua itu.
ini denai yang telah aku pilih
Denai yang bakal penuh dengan jerih perih
peduli apa aku sama teman seperjuangan
konon mahu meneman
kan aku sudah punya Tuhan!
ini denai yang aku pilih,
Denai yang bakal penuh dengan jerih perih
"luka kecil sahaja kau sudah teriak memanggil emak"
"
"bukankah
"tidak
ahhhhhhhhhhhhhh,payah2.
kalau musuh paling ketat diri aku sendiri.
tersadung aku,luka aku siapa mahu ubati,
dan pada siapa mahu aku cerita kisah aku hari ini
"
"oh manusia,pantas sungguh kau lupa apa yang kau ungkapkan"
Comments
Post a Comment