Bukannya aku tak pernah jatuh tersungkur luka masa mula berjalan dulu Bukannya aku tak pernah dirotan di betis aku masih ingat pedih sakit perit bukan kerana rotan tapi lebih kepada sakit malu mana tidaknya warden asrama kawan Abah Bukannya aku tak pernah menakluki tempat terakhir dalam kelas kalau boleh ilmu hisab sejarah sains semua ditulis merah dan bukannya aku tak pernah bangkit dari jatuh bersihkan diri jatuh lagi Alhamdulillah mujur punya mak abah abang kakak yang tak pernah lelah yakinkan aku Allah sentiasa ada untuk orang yang sabar biar aku jatuh buat kali yang infiniti aku tak peduli ini bukannya masa untuk aku berhenti aku mahu terus jalan kalau bisa aku mahu berlari biar...