Tuhanmu tahu niat dihatimu
jangan gentar, Dia ada membantumu
aku dulu juga begitu
aku takut..istiqamah tidak berakar di hati
aku takut apa orang akan kata nanti
aku juga takut aku jatuh kembali
Tetapi,
percayalah..
Tuhanmu tahu niatmu
ibu kamu akan ada disisimu,
baba juga dan tak lupa adikmu yang cantik itu
pasti..mereka akan teguh berada disimu
aku juga.
Saat kau tanya tentang perubahan,
hati aku menangis, terlalu. terlalu gembira.
boleh aku tanya?
"mahu pimpin tangan sama-sama ke syurga?"
Si gigi besi..
ingat kau kata?
"saya sangat percaya pada doa"
itulah kekuatan dan senjata kamu wahai mujahid agama
kerana tak banyak yang percaya pada doa, kerana ramai yang percaya pada harapan palsu diberi manusia.
aku juga manusia..sama tetapi.............
Andai Allah izinkan aku berada selalu dengan kamu,
aku akan selalu ada..
aku akan tunggu,tak kira lama mana..aku akan tunggu
kerana pada hijrah itu ada kemanisannya
dan aku mahu lihat
gadis gigi besi yang aku cintai kerana Allah ini
dapat merasa kemanisannya.
Amin :)
Comments
Post a Comment