Skip to main content

Posts

jatuh

Ya Allah, izinkanlah  hambaMu yang hina   ini dengan tanpa rasa segan silu memohon sedikit   rahmatMu meminta sedikit dari belas kasihanMu Ya Rabb pinjamkanlah kami sedikit masa lagi pinjamkanlah selama mana kami masih disini pinjamkanlah kekuatan,dan tanamkanlah dalam hati kami. aku percaya dengan layukallifullah hunafsan illa wus'aha. kuatkan dia dan kuatkan kami. kami   mohon  pinjamkan sedikit   masa   lagi,selama mana   kami   masih   disini.

ahhhh kenapa aku je yang diuji!

Hmmm,dah lama rasanya tak tulis personal post Tapi hari ni dapat feeling nak tulis Last 2 weeks,aku merasakan diri aku selalu sangat diuji. Tak kiralah dari segi apa Kawan,duit,pelajaran Sampai satu tahap aku hari-hari menangis Tak kiralah kat mana Atas motor,dalam toilet,dekat bilik Aaaaaaaaaaahhh sampai aku tertanya,apa hikmahnya ujian ni dan kenapanaku yang diuji! Pada masa kejadian..Bila badan penat,otak serabut mulalah mulut mengarut. Mak perasan aku berubah,aku jadi tak sabar dan mudah marah "Kenapa?" "Orang penat lah mak,ain penat fikir duit belajar lagi" "Dulu kalau kalau In hadapi benda yang sama macam sekarang,In tak macamni pun" "Eh ye ke?" "In,mungkin Allah bagi ujian ni nak bagi In ingat kat dia, dan mungkin ada benda yang In selalu buat dulu tapi In dah lamaaaaaaaaaa tinggalkan" Gulp.Ok check diri. Solat 5 waktu,Alhamdulillah cukup. Baca Quran,InsyaAllah hari2 Tapiiiiiiii,solat dengan menga...

aku pinjam

Dan sesungguhnya nyawa aku ini pinjaman hatta kuku aku pun pinjaman kerdipan   mata helaan nafas tidak terkira semua ini   pinjaman akur kasih abah dan mak itu pinjaman mereka   juga   pinjaman tak tahu bila entah dimana antara aku ataupun mereka  dipanggil Tuhan pemilik semesta jujur aku tidak tahu persediaan aku banyak mana menerima kehilangan atau atau atau aku sendiri..yang terpaksa meninggalkan sedar yang aku   hanya   pinjam .

Si gigi besi yang aku sayangi

Tuhanmu tahu niat dihatimu jangan gentar, Dia ada membantumu aku dulu juga begitu aku takut..istiqamah tidak berakar di hati aku takut apa orang akan kata nanti aku juga takut aku jatuh kembali Tetapi, percayalah.. Tuhanmu tahu niatmu ibu kamu akan ada disisimu, baba juga dan tak lupa adikmu yang cantik itu pasti..mereka akan teguh berada disimu aku juga. Saat kau tanya tentang perubahan, hati aku menangis, terlalu. terlalu gembira. boleh aku tanya? "mahu pimpin tangan sama-sama ke syurga?" Si gigi besi..  ingat kau kata? "saya sangat percaya pada doa" itulah kekuatan dan senjata kamu wahai mujahid agama kerana tak banyak yang percaya pada doa, kerana ramai yang percaya pada harapan palsu diberi manusia. aku juga manusia..sama tetapi............. Andai Allah izinkan aku berada selalu dengan kamu, aku akan selalu ada.. aku akan tunggu,tak kira lama mana..aku akan tunggu kerana pada hijrah itu ada kemanisannya dan aku mahu lihat gad...

tapi..itu aku.

menelaah satu   bingkisan "mana nak cari..macam aku?" entah siapa aku  tidak tahu yang terang pengikutnya lebih ramai dari aku dan mungkin cara penulisannya lebih baik dari aku dia mencari gadis sebaya dia puisi   bukunya puisi   juga   penanya buah dan ulam makanannya bersenam bila perlu seni jadi hiburan tatapan mata berbahasa baku muzik menjadi halwa telinga aku juga berdansa..seorang diri,rentak juga sendiri. selalu persoal dunia dan agama bukan memberontak tak kena masa kerana rasa ingin tahu yang tiada hadnya   yang dia   cari itu . . sejujurnya   aku aku buat semua itu tapi satu kriteria aku tidak penuhi dia   mahu yang setara dengan kekacakannnya dan aku tidak punya kecantikan itu sayang..manusia   memang menilai rupa,dan aku   hanya ga...

Kerana Aku Terbiasa.

waktu aku kecil aku seperti burung diikat kaki punya sayap   sendiri tapi tidak boleh terbang tinggi aku  tidak mengerti mengapa Abah Mak membina tembok jadi pagar kebebasan aku sembilan tahun umur aku waktu itu menyambut ulang tahun di rumah bersama dua tiga teman rapat aku masih ingat,hanya makan malam dan solat maghrib berjemaah diimamkan abah cukup untuk aku,tidak mahu lebih. masuk belasan tahun, aku masih burung diikat kaki tapi mahu punya sarang sendiri punya angan mahu terbang tinggi, tembok dibina makin diperkukuh mungkin bimbang anak seorang ini tersasar mula rasa tidak cukup pandai merungut mujur pagar kebebasan masih kukuh meski nampak goyah. sekarang . . aku mahasiswi punya   kebebasan   sendiri tidak lagi diikat kaki,bebas buat pilihan s...

Bukannya aku tak pernah

Bukannya aku tak pernah jatuh tersungkur luka masa mula berjalan dulu Bukannya aku tak pernah dirotan di   betis aku masih ingat pedih sakit perit bukan   kerana   rotan tapi lebih kepada sakit malu mana tidaknya  warden asrama kawan  Abah Bukannya aku tak pernah menakluki tempat terakhir dalam kelas kalau   boleh ilmu hisab sejarah sains semua ditulis merah dan bukannya aku tak pernah  bangkit dari   jatuh bersihkan diri jatuh   lagi Alhamdulillah mujur punya mak abah abang kakak yang tak pernah lelah yakinkan aku Allah sentiasa ada   untuk orang yang sabar biar aku jatuh   buat   kali yang infiniti aku tak peduli ini bukannya masa untuk aku berhenti aku mahu terus jalan kalau bisa aku mahu berlari biar...